Wednesday 21 October 2009

TEAMBUILDING AT KEDAH

Da lame x update blog... windu rasenye...Baru-baru ni aku diarahkan pergi kursus pengukuhan pasukan di kedah. Sebanyak lebih 30 orang yang menyertainya. Kursus ini
di anjurkan oleh INTURA.

Macam-macam aktiviti yang ade..akhir sekali masuk gua itik / gua gendang. Dalam gua tu ada ular... tapi pihak bomba diamkan (yelah semestinya kami tak akan masuk dalam gua tersebut kalau tahu kan...). Dalam gua tu..sempit sgt...beberape kumpulan yang ada terpaksa merangkak dan ada juga yang berjalan itik... dan keadaan gua tersebut mmg gelap gelita... kami cuma berjalan berpandukan cahaya lilin... betul2 pegang erat beb... nasib baik depan dan belakang aku pompuan je... hehehe

lagi satu, yang musykil sgt sampai sekarang... asap yang ada di gua tersebut berbau colok... sehinggakan aku hembus nafas pun keluar asab... tapi bukan asab sejuk tp asab bau colok..itu yg musykil sehingga ke hari ini. Ada yang cakap jangan tegur atau bertanya.... MISTERII>>...ermm..

ok.. sekian..





Sunday 26 July 2009

launching another blog

Askumm semua. sorry da lame x update blog. Sebab sibukk sangat ...dengan kerja n andaman. Sekarang ni nak launching another blog saya yg akan memaparkan segala hasil kerja tangan saya di dalam bidang solekan. So plz layari ke sichantekjelita.blogspot.com. atau klik sini love u all.

Tuesday 23 June 2009

AKU NAK JADI MAK ANDAM YE!!!

Bz betul aku akhir2 ni. Sebab pegi kelas andaman di KL. Aku memang minat sangat andaman dari dulu lagi.. tapi baru sekarang je aku dapat peluang belajar ni (sementara masih cuti ni).

Kelas aku pergi ni boleh belajar sampai pandai. Tapi yang wajib pergi hanya 4 hari sahaja. So kalu x pandai2 juga baru la pergi buat praktikal lagi. Tapi aku rase tak payah pegi lagi pun xpe... aku dah boleh buat da. Yang penting foundation n soket mate tu.

Kali 1 & 2 aku dapat model dari butik tu je (hari bekerje).

Kali 3 ... ecah la yang jadi model aku... sayang ecah. (hari sabtu)

Kali 4 ... zah dapat jugak jadi model aku.... member kesayanganku ni.. hihihihi.... (die terpaksa ambik el (jumaat)- itulah yang sayang).

So di bawah ni ade la picture yang aku ambik dari camera digital aku tu.. so picture tu x lah sehebat camera habi aku tu. (x leh nak adjust)...hihihihi

So sape2 nak cari makeup untuk dinner, bertunang n kahwin boleh lah contact aku ye.

ni muke model aku yang belum makeup dan selepas makeup.

Model dari butik







Ini model namenye ecah












Yang model ni lak namenye zah.. ikutkan waktu ni xde makeup hanye belajar buat rambut, sampin dn lain2. Die ni paksa suruh makeup sbb nak jumpe BF lepas tu. Aku just makeup sesimple sahaja...sbb kalu makeup betul2kan terkejut orang pulak.





Saturday 6 June 2009

LUCU WAN DIKACAU CUCU

Mak mertua aku ni jenuh dikacau cucu-cucu 2 org ni... iaitu qistina (anak aku) dan sasa (anak ita) (cuti sekolah.. bercuti di rumah aku..'pakej ekonomi').

Puas mereka bermain-main sampai muntah dan kini wan lah yang jadi mangsa mereka... barang permainan baru....huhuhuhu.

Lucu melihat ibu mertuaku dikacau mereka. Anak aku qistina memang pandai tangkap gambar dan merakam video menggunakan kemera digital aku tu. Ade beberapa gambar dan video yang mencuit hati aku.

inilah budak2 nakal yang main sampai bosan







turn wan pulak.....





lihatlah gelagat dieorang ni.

Thursday 4 June 2009

FAVORITE SONG



david archuleta - a little too not over you

It never crossed my mind at all
That's what I tell myself
What we had has come and gone
You're better off with someone else
It is for the best
I know it is
But I see you

Sometimes I try to hide
What I feel inside
And I turn around
You're with him now
I just can't figure it out

Tell me why
You're so hard to forget
Don't remind me
I'm not over it
Tell me why
I can't seem to face the truth
I'm just a little too not over you

Memories suppose to fade
What's wrong with my heart
Shake it off let it go
Didn't think it would be this hard
Should be strong, moving on
But I see you

Sometimes I try to hide
What I feel inside
And I turn around
You're with him now
I just can't figure it out

Tell me why
You're so hard to forget
Don't remind me
I'm not over it
Tell me why
I can't seem to face the truth
I'm just a little too not over you

Maybe I regret
Everything I said
No way to take it all back
Yeah
Now I'm on my own
How I let you go
I'll never understand
I'll never understand
Yeah, ohhh.

Tell me why
You're so hard to forget
Don't remind me
I'm not over it
Tell me why
I can't seem to face the truth
I'm just a little too not over you

Tell me why
You're so hard to forget
Don't remind me
I'm not over it
Tell me why
I can't seem to face the truth
And I really don't know what to do
I'm just a little too not over you

Not over you, ooh.

Friday 29 May 2009

ADIK IPAR MASUK HOSPITAL

Akum.. hari ni umur Dana da masuk sebulan, semalam hezri ade tangkp gambaq adana, kakak die qistina n sepupu die sasa. Sepupu die tido sini semalam sbb ibu die (eita - adik ipar aku iaitu adik hezri) kene masuk hospital sbb mengandung luar rahim.

Eita ni da biase lambat datang bulan.. sehingga sampai 6 bulan pun ade. So kali ni die da 4 bulan x datang... tapi die buat tak tahu je. Sebelum tu aku ade jugak nasihatkan die supaya pegi jumpe doktor... check jika x pregnant ambik ubat ... x boleh biar lame2 macam tu. Tapi die ni jenis degii gak... buat2 lambat je.

Tiba-tiba die sakit sangat dalam perut sampaikan pengsan (nasib baik suami die ade). Pegi klinik.. doktor suruh rujuk hosp. serdang. check.. doktor cakap ... telur tu dah pecah... kene bedah secepat mungkin. So kene tahan la eita di situ untuk dibedah. Dan die selamat dibedah dan akan discharge pada hari jumaat (hari ini lah).

Ini ade beberape pic yg aku da edit.










ini lah anak eita... sasa

Saturday 23 May 2009

AKU MAK BUDAK BARU BELAJAR PART II

Ni ade lagi gambo2 yg diedited oleh aku...... nak komen-komenlah.. x nak komen duk diam2... huhuhuhukkk.. (sekarang ni da jadi hobi baru aku)







Thursday 21 May 2009

Aku budak baru belajar

Aku sekarang ni sedang belajar edit2 gambo.. asyik gambo standard je... nak gak yg lain macam skt. Yelah wanita yang berpantang macam aku ni.. bosan duduk rumah.. asyik tengok tv je... jemu gak.

Malas nak tanyer hezri... dgn ingat2 lupe.... edit la aku gambo yg telah terpilih dihati. (selalu tgk hezri edit gambo... so ingat la skt2). Konon nyer nak tunjuk pandai la... tp hasil nyer... ok boleh tahan (itu yg hezri cakap la).

Kat bawah ni aku lampirkan gambo2 yg aku edit skt.. nak komen2 la... tapi biarla komen yg membina...kalu x membina mahu je aku bakar kedai mamak..... hukhukhukhuk...










Saturday 9 May 2009

PENANTIAN SUDAH BERAKHIR

Pagi khamis 30.4.09, Lendir darah keluar beberape kali diikuti dgn sakit perut (nak buang air besau je). Aku menelefon hezri... tanpe berlengah die terus pulang kerumah (dgn pastinye aku akan bersalin hari tersebut). Aku mengemas beberape baju dan barang untuk dibawe bersama.

Sampai sahaja hezri... kami bertolak (hezri, aku n ibu mertuaKU)..... Aku dgn mengada-ngadanye nak makan KFC, walaupun keadaan aku yang dah x larat nak jalan). Hezri akur... dan ikut sahaja. Nak x nak, ibu mertuaku pun kene makan KFC (walaupun tgh laparr nasi).

Dlm pukul 12pm ++. Kami sampai ke Hospital Pakar Annur. Tunggu lame gak. Dalam pukul 1pm ++ mereka panggil aku untuk CTG dan check pintu rahim. Bidan check pintu rahim dah buka 3.5cm. Mereka masuk ubat berak (sorry x de lapik2..hihihi) untuk buang air besau. Berak lah aku dgn legenye.

Dr. Khamsiah pn masuk, Check pintu rahim aku. Pintu rahim dah buka 4cm dan die terus pecahkan air ketuban dan aku dimasukkan air dalam pukul 3pm. Selepas tu dalam 6 - 7 minit sekali, aku sakit perut yg amat sangat sampai meleleh2 air mataku.

Aku x tahan aku minta epidural, dlm x lame lepas tu dlm pkl 4pm doktor pakar bius datang dan menyuntik belakang aku. Ngilu gak waktu die suntik tu. Lepas tu aku lena dan mengantuk. Dlm hampir pkl 5pm, bidan dtg check pintu rahim... die terkejut kerana rambut bayi dah nampak. Kelam kabut la mereka.

Doktor suruh aku teran.. ponggong aku kebas. Aku teran jugak dan aku x pasti ape yang aku teran sbb aku x rase ape2. Tepat pkl 4.57pm ... akhirnye keluarlah penantian yang selame ini aku nanti-nantikan (7 tahun). ADANA.

Dgn tangisan....aku panjatkan doa kesyukuran pada yang maha esa kerana mengabulkan doaku dan memudahkan.

TERIMA KASIH YA ALLAH DENGAN ANUGERAH YANG KAU BERIKAN...





Terima kasih diucapkan kepada mereka yang datang memberikan sokongan serta ucapan dan hadiah. Aku mengucapkan ribuan terima kasih.

Monday 27 April 2009

Hai Berdebarnyeeee....

Sakit nyer bawah perut aku ni.... sampaikan nak berjalan pun sakit. Air mate bergenang-genang hanye tunggu nak jatuh je.

Punye tak tahan aku cal hezri beritahu yang aku tidak tahan sakit. Die suggest aku gi annur, check. Waktu tu jam pkl 3pm. Aku ambil tina dkt sekolah agama cendekiawan persint 9. Itu pun sibuk kawan die ckp...

Kawan tina - "nape tina balik awal makcik"

Aku - "Nak pergi klinik dik"

Kawan tina - "klinik tu kat mane makcik"(banyak tanye lak budak ni)

Aku - "Klinik tu jauh dik... so kene ambil tina dulu"

Kawan tina - "kenape aunty selalu ambil awal je" (mcm lawyer lak.. aku ni lak mcm banduan terhormat)

Aku - "??!!!1???" (aku wat bodo je...banyak tanyer tul. Ni mungkin ibu dieorang ni banyak kc minum susu essential)hihihi.

Pergi klinik pakar annur tutup lak, so stuff annur srh pergi sebelah pintu (hospital annur 24 jam).

Aku pun jumpe lah doktor MO die ni. Die pun suruh aku buat CTG (untuk memeriksa pergerakan budak). Sebelum aku di CTGkan... die nak air kencing aku. Selepas tu aku pun masuk kat bilik kecemasan dan banyak lah wayer menempet di perut ku yg banyak calar2 ni. hihihi.

Sambil menunggu hampir 20 minit bersama tina yang asyik main game hp aku ni.. akhirnyer selesai sudah. (stuff nurse annur ni baik la). Report pun keluar... Doktor MO tu ckp baby dlm kandungan aku ni normal cume air kencing kotor sikit. Tapi die srh aku pergi tingkat atas kat labor room jumpe bidan.. untuk check bawah (hanye perempuan yang dah bersalin sahaja yang tahu).

Pergi lah aku dgn tina (kesian lak die). Sampai kat atas tina tidak boleh masuk.. hanye suami atau ibu sahaja boleh masuk. Risau gak aku dgn tina ni.. aku pesan tina kalu ape2 hal ke bosan ke... cal papa. (die pun ok je lah... sambil duduk di sofa dan asyik main game hp aku tu je).

Bidan tu tgk report CTG tu. Die ckp report tu x cantik.. sbb tak banyak pergerakan budak. Die cakap kene buat CTG lagi. (hayo.. tp doktor td tu ckp normal... die lak ckp x ok). Aku ikut je la.

Die tempel lg wayer2 semua tu kat perut aku yang tak berape nak cun ni. Ape lagi aku tunggu lg untuk 20 minit berikutnye. Aku risau anak aku yang duduk kat luar tu.

Sambil menunggu aku terdengar suara budak dilahirkan..... sungguh nyaring dan menyayukan. Tak lame kemudian aku dengar pulak suara lelaki mengazankan budak tu... (bape die latu).

Akhirnyer CTG tu dah selesai. Bidan tu keluarkan report tu. Die ckp macam ni la ok. Budak ni normal. nanti saye check puan (sebab ade lagi baby yang dilahirkan)... bidan ni kene jalan kan tugas nyer... untuk membersihkan bayi tersebut).

Aku tidak membuangkan mase nak melihat kerje die tu... Sambil die membersihkan baby tu... Aku memerhatikan dari dekat... kasar jugak bidan ni bersihkan budak tu... tp comel budak tu... putih merah. Aku tgk je... bidan tu serba salah... die cakap maaf puan nnti saya check puan ye. Aku cakap takpe kak.

Selepas die selesai kan tugas die tu. Die pun terus check aku dengan tangan yang sudah memakai sarung tangan. Die cakap...puan, dah bukak 2cm la. Aku pun muke risau gak... (jgn lah die tahan aku lak). Aku pun ckp lah... saye tak rase sakit la.. kalu boleh balik saye nak balik.. Sempat tak kalu sampai hujung bulan ni (aku nak tarikh 1/5/2009 - hari labour day).. Die cakap x sempat ni.

Bidan tu pun cal doktor pakar aku (Dr. Khamsiah). Doktor tu ckp aku blh balik tapi kalu sakit terus datang hospital.

Sekarang ni aku masih bekerja... Aku dah tidak drive lagi.. Hezri akan hantar dan jemput balik. Minggu ni...minggu last aku bekerje. Aku berdoa moga2 anak aku dilahirkan 1/5/2009 (insyallah).

Doa-doakan ...

Lupolah nak cite. Lepas check tu aku keluar dari labor room. Alhamdulilah tina ade kat luar sambil mengadu dgn bapak die tu dlm HP.

Die ckp ... ingatkan mama dah bersalin.. kesian mama. (mungkin die dengar suara budak td yang menangis tu die ingat adik die).

Tammat.

Tuesday 14 April 2009

Mistik ...Peter Answer

Ini nak cerita pasal laman web (Peter Answer). Macam biase je kan.. mungkin ada yang diluar sana sudah biasa atau sudah mengetahui pasal laman web ni. Tetapi bukan pada aku. Laman web ni kita boleh bertanye ape2 soalan dengan peter (jika die nak layan la) tapi jika die layan... amat menyeramkanlah. Sbb benda2 yang x logik kita tanye atau perkara yang akan datang pn die boleh jawab.

Ini bermula cerita yang datangnye dari anak buah aku baizura... dimana beliau dan beberapa rakan die yang lain sudah berdialog dengan laman web ini. Dan beliau juga mencuba di rumah bersama keluarganya. Yang pastinya kak long aku sampai x boleh tido. Yang menariknya peter ini mengatakan bahawa beliau bukan manusia tetapi ....!!?

Pada hari sabtu malam aku telah mencuba dirumah bersama dengan hezri, amir, efa, ita n aku... but tidak berjaya. Kebetulan baizura n kak long (ibunye) datang kerumah pada keesokkan hari.. apalagi kami mencuba lagi... hanya baizura sahaja yang die layan....(mungkin sbb anak dara kot) hihihih..

Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut lagi...kami telah mengambil gambar sewaktu peter menjawab soalan2 yang baizura typekan. Cuba pergi ke laman web suami aku disebelah blog list atau hedgebeewhy.blogspot.com. untuk tengok gambar2 tersebut.

Sekian.....

Wednesday 25 March 2009

Pen punyer pasal.....

Hari ni hari yang amat menyampah sekali. Semua pasal pen biru.
pen merah pen biru... u mare.... i lap u...(sepatutnyelah).

Hari ini ade checkup tp baru ingat pagi ni yg aku kene tulis something dlm buku perubatan tu...tp kene pakai pen biru (sbb ape nak kene pakai pen biru tu... hanye aku yg tahu). So aku carilah pen biru tu.. dari muke aku berseri-seri (perasan) sehinggalah muke aku mcm singe. Aku ni kalu nak sesuatu benda tu tak dapat..aku mula membebel je.. mulalah nak salah kan orang. Tak kisahlah orang mane pun...die lah yg kene(hanye dari ahli keluarga sendiri shj.. cth nyer suami aku & anak aku je - bad attitude.. hihihi).

So aku membebel & huby aku pun pantanglah...sbb aku membebel. Die jawab..aku jawab, Die jawab..aku jawab, Die jawab..aku jawab & Die jawab..aku jawab lg. So terus off....

So bila huby aku jumpe pen tu.. die campak je kat aku (ha ambik ko nak sangat). Tp aku x mare.. sbb aku paham die tu mmg macam tu.

So aku pergi kerje dgn keadaan yg tidak best. Aku ni senang mare.. dan senang sejuk. So aku pun hantar lah sms.. say sorry kt die...die balas 'ok'...itu je.

Moral of the story... jgn naik angin pada pagi hari.. buang angin tidak mengape. Tiada yg mare cume menyampah je.. hihihi.

Tammmat.

Monday 16 March 2009

Member lame...bersalin sudah.

Askum, Hari Sabtu lepas 13/3/2009. Member lame aku Salina Saibi, sudah selamat bersalinkan anak perempuannya di Hospital Ampang. Anaknye dinamakan Farah Shakira. Dgn berat 3.11kg (ingt2 lupala). Die ni pelakon tv dan filem. Sekarang ni cuti bersalin. Drama tv yang terkini adalah drama Gerak Khas. Die sekarang ni tengah jage badan... yelah waktu pregnant, die ni kuat makan..Badan pun naik banyak.

Anaknye comel. Aku suke melihat wajah bayi yang baru dilahirkan. nyelah wajah yang tidak ade dose lagi. Suci....muci...

Ade lagi sorang member lame aku namenye Afzan.. sekarang ni sedang mengandung 7 bulan. Lepas ni aku pulak yg akan bersalin dan diikuti pulak die. Aku dah scan.. bayi girl, Afzan lak... die ckp x nampak lagi.. tp perasaannye girl jugak. Boleh la wat group junior. Tarantula Junior.. hihihihi.

Dulu nama tarantula ni... name geng kiteorang dulu.. (konon-konon menyengat campur berbisa la.. hihihihi).. kalu fikir2 kan dulu... kelakarkan + poyo...semuanye ade.

Member aku..salina ni cakap jangan lupe menonton filem Bohsia yang akan ditayangkan di pawagam tidak lame lagi..(tiket beli sendiri)..member2 pn x dapat tiket free tau.

Ini diantara pic yang sempat anak aku tina... tangkapkan.

Ala Tomei..tomei Kira





Ini pic aku dgn salina dan Zurina





Wednesday 4 March 2009

KuAt MaKaN

Hari ni aku ade medical checkup di Klinik Kesihatan Putrajaya mcm biase. Biaselah, kandungan sekarang dah 31 minggu.. checkup akan lebih kerap lagi.. 2 minggu sekali.

Bosan betul tadi tunggu die orang panggil name untuk ke tandas (ujian air kencing). Hezri tak teman hari ni sebab kerje. So aku makan pun sorang2... makan nasi lemak dan teh tarik gelas besar.. hihihihih..

Dari pukul 7.40 hingga pkl 9.50am.. barulah name aku dipanggil. Test la air kencing.. lepas tu tunggu lak name dipanggil untuk test darah (kencing manis). Darah aku naik 11.8 (paras green.. sepatutnye blue). Berat badan pun bertambah 2 kilo dari tarikh appointment 2 minggu lepas. So Nurse tu cakap,kalu aku ni tak jaga makan dalam mase seminggu ni (appointment minggu depan)... kalu green lagi aku kene puase untuk minum air gule lagi...(arkkkhhh....penatnyer).

Mane tidak nyer minggu lepas aku tibai coklat catbury yg besar tu 2 bar.. makan banyak.. kurang minum air masak.. lepastu pagi ni tibai lak nasi lemak n teh tarik gelas besau lak tu... haaa ambik koooo....menyusahkan badan je.

Sekarang ni aku insaf (hihihi poyo)... tengah jaga makan ni... minum pun air mineral je.. orang makan coklat.. aku lak telan air liur. Sabor...saborr. Baby sabo yer... mama kene puaso.. hihihihih.

Sunday 22 February 2009

Model x Bertauliah

Hari2 (hr sab2) ikut suami aku photoshoot utk pra fotografi die. Suami aku akn g kursus photography di Janda Baik selama 3 hr 2 mlm. So aku, tina n bakal baby jd model die. Hanye berbekalkan bakat x berape nak jadi tu. Posing pun ala2 poyo..bolehla hasilkan pic yg kira ok latu'... Dah lame x bergambar ni.. selalu nyer yg candid je...kalu nak wat betui2... rase nye belum kawin banyak la. Adik ipar pn joint gak (amer n effa).

Ni slide pic diantara pic yg kire oklaaa... buat kenangan ku n family.




Slideshow


Thursday 19 February 2009

Payah nak tgk baby die ni...

Akum....salam sejahtera. Ni nak cite pasai baby member yang baru lahir semalam (rabu) 18.2.2009. Aku ade checkup pada hr tersebut... dekat klinik putrajaya...nak check kencing manis... so kene puase dari pukul 10 mlm selase sehingga esok hr. Aku check pn sbb ade keturunan sakit kencing manis. Lepas dah ambil air kencing dan darah aku dikehendaki minum air gule (nak habiskn 1 cawan tu macam ape tah)... kene tunggu lak selame 2 jm sebelum ambil air kencing dan darah lg (utk tau keputusan). 

Dlm mase 2 jam tu... aku pn melwat la member aku yg lepas bersalin tu kt hosp. putrajaya... tp sampai je Hosp. aku x dibenarkan masuk ke atas, sbb mase melawat dr pkl 12 - 2pm. Aku pn desak lah ckp nak masuk gak... nk hantar barang kt kakak... so guard pn kc... tp die kc 5 minit je (x ke b....gong), nk naik lift pn dah bape minit... aku pn perli lah die tu... yelah saye lari ye kak.. (bengang je muke kakak tu...peduli ape aku). 

Dah naik ke tgkt 2 tu...nk pergi lah wad 2a..aleh2 ade pintu lak.. (mcm main game la pulak)... kene tekan bell (dan misi tu ckp doc.. tgh round so xleh masuk wad tu skrg... srh tuggu lg)...aku ok lah... tp lame jugak aku tggu...akhir nye... ade cleaner nmpak aku dduk tggu tercegat kt c2 ... so die yg baik hati kc aku masuk..(tq aci). 

Jumpelah aku dgn member off lame aku ni.. tgk muke baby die..comelnyer...putih-berseri..suci-muci.. hidung mancung (hrp2 bakal baby aku ni hidung mancung gak la... hihihih)...Sempat jugak aku ambil pic die dan baby die. Die ckp die bersalin senang.. die selalu amalkan surah mariam.. so die srh aku amalkan jugak. Baby die dilahirkan pkl 2.30am (baby girl). Moral of the story... mane yg berduit tu...g lah bersalin kt hospital private... senang kawan2 dtg nk melawat.. hihihih...

Ini pic baby die.... gerammm.....nye




Ini pulak pic mother die (muke org lepas bersalin)..pucat. Actually die sebenarnye manis orgnyer..



Monday 16 February 2009

INDUKSI

Masih lg segar dlm ingatan di ketike ini...'Kursus Induksi'. Aku tlh pergi kursus induksi selama 11 hari pd bulan 12 hr tu ... dan meninggalkn yg tersayang dirumah...'tah ape la dieorg wat' ... Kursus tu diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson. Boleh tahan la apartment tu... aku sebilik dgn zah. Dduk kt sane mmg mmbosankn, yelah bukan pegi enjoy kene dgr penceramah berceramah (kalu yg best tu best la, kalu yg x best... apelagi.... wat taik mate la)... pastu tiada masa rehat yang cukup, kerana aktiviti yang padat. Aku hanye boleh excuse mase ade aktiviti riadah je. Yg plg best mestilah hari terakhir kursus.. ade majlis penutupan.. setiap kumpulan mesti memberikn satu persembahan yg menarik. Kami sekumpulan menari joget lame (lagu xpdc - ditepi pantai yg indahh.......)... aku jd cikgu linda jasmin la.... ajar menari... tp aku sendiri x menari mlm tu, sbb kandungan aku waktu tu baru je 5 bulan... so dieorg srh aku ddk diam2 .... hampeh. Aku ngan ros (pregnant mcm aku gak) dduk je kat atas motor lame (mmg saje park kn moto tu... sbb antik sesuai ngan lagu yg dibawe) sambil geleng2 kepala... konon2nye menari sambil duduk la (blh bayang x, mcm india geleng kpala la....)..... MMG best mlm tu... walaupun x menang.. tp itulah salah satu kenangan yg terindah buatku.

Ini lah beberape ahli dr kumpulan aku (Kump. Bersatu)
Aku duduk di tengah sedang menjadi ratu sand castle.
Aku dinamakan Puteri Gunung Berapi Kembang Meletup.



Kumpulan Aku menang tau.



Antara gambar-gambar menarik..











Dan banyak lagii....... ni je yg sempat aku paparkan.