Friday 29 May 2009

ADIK IPAR MASUK HOSPITAL

Akum.. hari ni umur Dana da masuk sebulan, semalam hezri ade tangkp gambaq adana, kakak die qistina n sepupu die sasa. Sepupu die tido sini semalam sbb ibu die (eita - adik ipar aku iaitu adik hezri) kene masuk hospital sbb mengandung luar rahim.

Eita ni da biase lambat datang bulan.. sehingga sampai 6 bulan pun ade. So kali ni die da 4 bulan x datang... tapi die buat tak tahu je. Sebelum tu aku ade jugak nasihatkan die supaya pegi jumpe doktor... check jika x pregnant ambik ubat ... x boleh biar lame2 macam tu. Tapi die ni jenis degii gak... buat2 lambat je.

Tiba-tiba die sakit sangat dalam perut sampaikan pengsan (nasib baik suami die ade). Pegi klinik.. doktor suruh rujuk hosp. serdang. check.. doktor cakap ... telur tu dah pecah... kene bedah secepat mungkin. So kene tahan la eita di situ untuk dibedah. Dan die selamat dibedah dan akan discharge pada hari jumaat (hari ini lah).

Ini ade beberape pic yg aku da edit.










ini lah anak eita... sasa

Saturday 23 May 2009

AKU MAK BUDAK BARU BELAJAR PART II

Ni ade lagi gambo2 yg diedited oleh aku...... nak komen-komenlah.. x nak komen duk diam2... huhuhuhukkk.. (sekarang ni da jadi hobi baru aku)







Thursday 21 May 2009

Aku budak baru belajar

Aku sekarang ni sedang belajar edit2 gambo.. asyik gambo standard je... nak gak yg lain macam skt. Yelah wanita yang berpantang macam aku ni.. bosan duduk rumah.. asyik tengok tv je... jemu gak.

Malas nak tanyer hezri... dgn ingat2 lupe.... edit la aku gambo yg telah terpilih dihati. (selalu tgk hezri edit gambo... so ingat la skt2). Konon nyer nak tunjuk pandai la... tp hasil nyer... ok boleh tahan (itu yg hezri cakap la).

Kat bawah ni aku lampirkan gambo2 yg aku edit skt.. nak komen2 la... tapi biarla komen yg membina...kalu x membina mahu je aku bakar kedai mamak..... hukhukhukhuk...










Saturday 9 May 2009

PENANTIAN SUDAH BERAKHIR

Pagi khamis 30.4.09, Lendir darah keluar beberape kali diikuti dgn sakit perut (nak buang air besau je). Aku menelefon hezri... tanpe berlengah die terus pulang kerumah (dgn pastinye aku akan bersalin hari tersebut). Aku mengemas beberape baju dan barang untuk dibawe bersama.

Sampai sahaja hezri... kami bertolak (hezri, aku n ibu mertuaKU)..... Aku dgn mengada-ngadanye nak makan KFC, walaupun keadaan aku yang dah x larat nak jalan). Hezri akur... dan ikut sahaja. Nak x nak, ibu mertuaku pun kene makan KFC (walaupun tgh laparr nasi).

Dlm pukul 12pm ++. Kami sampai ke Hospital Pakar Annur. Tunggu lame gak. Dalam pukul 1pm ++ mereka panggil aku untuk CTG dan check pintu rahim. Bidan check pintu rahim dah buka 3.5cm. Mereka masuk ubat berak (sorry x de lapik2..hihihi) untuk buang air besau. Berak lah aku dgn legenye.

Dr. Khamsiah pn masuk, Check pintu rahim aku. Pintu rahim dah buka 4cm dan die terus pecahkan air ketuban dan aku dimasukkan air dalam pukul 3pm. Selepas tu dalam 6 - 7 minit sekali, aku sakit perut yg amat sangat sampai meleleh2 air mataku.

Aku x tahan aku minta epidural, dlm x lame lepas tu dlm pkl 4pm doktor pakar bius datang dan menyuntik belakang aku. Ngilu gak waktu die suntik tu. Lepas tu aku lena dan mengantuk. Dlm hampir pkl 5pm, bidan dtg check pintu rahim... die terkejut kerana rambut bayi dah nampak. Kelam kabut la mereka.

Doktor suruh aku teran.. ponggong aku kebas. Aku teran jugak dan aku x pasti ape yang aku teran sbb aku x rase ape2. Tepat pkl 4.57pm ... akhirnye keluarlah penantian yang selame ini aku nanti-nantikan (7 tahun). ADANA.

Dgn tangisan....aku panjatkan doa kesyukuran pada yang maha esa kerana mengabulkan doaku dan memudahkan.

TERIMA KASIH YA ALLAH DENGAN ANUGERAH YANG KAU BERIKAN...





Terima kasih diucapkan kepada mereka yang datang memberikan sokongan serta ucapan dan hadiah. Aku mengucapkan ribuan terima kasih.