Monday, 27 April 2009

Hai Berdebarnyeeee....

Sakit nyer bawah perut aku ni.... sampaikan nak berjalan pun sakit. Air mate bergenang-genang hanye tunggu nak jatuh je.

Punye tak tahan aku cal hezri beritahu yang aku tidak tahan sakit. Die suggest aku gi annur, check. Waktu tu jam pkl 3pm. Aku ambil tina dkt sekolah agama cendekiawan persint 9. Itu pun sibuk kawan die ckp...

Kawan tina - "nape tina balik awal makcik"

Aku - "Nak pergi klinik dik"

Kawan tina - "klinik tu kat mane makcik"(banyak tanye lak budak ni)

Aku - "Klinik tu jauh dik... so kene ambil tina dulu"

Kawan tina - "kenape aunty selalu ambil awal je" (mcm lawyer lak.. aku ni lak mcm banduan terhormat)

Aku - "??!!!1???" (aku wat bodo je...banyak tanyer tul. Ni mungkin ibu dieorang ni banyak kc minum susu essential)hihihi.

Pergi klinik pakar annur tutup lak, so stuff annur srh pergi sebelah pintu (hospital annur 24 jam).

Aku pun jumpe lah doktor MO die ni. Die pun suruh aku buat CTG (untuk memeriksa pergerakan budak). Sebelum aku di CTGkan... die nak air kencing aku. Selepas tu aku pun masuk kat bilik kecemasan dan banyak lah wayer menempet di perut ku yg banyak calar2 ni. hihihi.

Sambil menunggu hampir 20 minit bersama tina yang asyik main game hp aku ni.. akhirnyer selesai sudah. (stuff nurse annur ni baik la). Report pun keluar... Doktor MO tu ckp baby dlm kandungan aku ni normal cume air kencing kotor sikit. Tapi die srh aku pergi tingkat atas kat labor room jumpe bidan.. untuk check bawah (hanye perempuan yang dah bersalin sahaja yang tahu).

Pergi lah aku dgn tina (kesian lak die). Sampai kat atas tina tidak boleh masuk.. hanye suami atau ibu sahaja boleh masuk. Risau gak aku dgn tina ni.. aku pesan tina kalu ape2 hal ke bosan ke... cal papa. (die pun ok je lah... sambil duduk di sofa dan asyik main game hp aku tu je).

Bidan tu tgk report CTG tu. Die ckp report tu x cantik.. sbb tak banyak pergerakan budak. Die cakap kene buat CTG lagi. (hayo.. tp doktor td tu ckp normal... die lak ckp x ok). Aku ikut je la.

Die tempel lg wayer2 semua tu kat perut aku yang tak berape nak cun ni. Ape lagi aku tunggu lg untuk 20 minit berikutnye. Aku risau anak aku yang duduk kat luar tu.

Sambil menunggu aku terdengar suara budak dilahirkan..... sungguh nyaring dan menyayukan. Tak lame kemudian aku dengar pulak suara lelaki mengazankan budak tu... (bape die latu).

Akhirnyer CTG tu dah selesai. Bidan tu keluarkan report tu. Die ckp macam ni la ok. Budak ni normal. nanti saye check puan (sebab ade lagi baby yang dilahirkan)... bidan ni kene jalan kan tugas nyer... untuk membersihkan bayi tersebut).

Aku tidak membuangkan mase nak melihat kerje die tu... Sambil die membersihkan baby tu... Aku memerhatikan dari dekat... kasar jugak bidan ni bersihkan budak tu... tp comel budak tu... putih merah. Aku tgk je... bidan tu serba salah... die cakap maaf puan nnti saya check puan ye. Aku cakap takpe kak.

Selepas die selesai kan tugas die tu. Die pun terus check aku dengan tangan yang sudah memakai sarung tangan. Die cakap...puan, dah bukak 2cm la. Aku pun muke risau gak... (jgn lah die tahan aku lak). Aku pun ckp lah... saye tak rase sakit la.. kalu boleh balik saye nak balik.. Sempat tak kalu sampai hujung bulan ni (aku nak tarikh 1/5/2009 - hari labour day).. Die cakap x sempat ni.

Bidan tu pun cal doktor pakar aku (Dr. Khamsiah). Doktor tu ckp aku blh balik tapi kalu sakit terus datang hospital.

Sekarang ni aku masih bekerja... Aku dah tidak drive lagi.. Hezri akan hantar dan jemput balik. Minggu ni...minggu last aku bekerje. Aku berdoa moga2 anak aku dilahirkan 1/5/2009 (insyallah).

Doa-doakan ...

Lupolah nak cite. Lepas check tu aku keluar dari labor room. Alhamdulilah tina ade kat luar sambil mengadu dgn bapak die tu dlm HP.

Die ckp ... ingatkan mama dah bersalin.. kesian mama. (mungkin die dengar suara budak td yang menangis tu die ingat adik die).

Tammat.

Tuesday, 14 April 2009

Mistik ...Peter Answer

Ini nak cerita pasal laman web (Peter Answer). Macam biase je kan.. mungkin ada yang diluar sana sudah biasa atau sudah mengetahui pasal laman web ni. Tetapi bukan pada aku. Laman web ni kita boleh bertanye ape2 soalan dengan peter (jika die nak layan la) tapi jika die layan... amat menyeramkanlah. Sbb benda2 yang x logik kita tanye atau perkara yang akan datang pn die boleh jawab.

Ini bermula cerita yang datangnye dari anak buah aku baizura... dimana beliau dan beberapa rakan die yang lain sudah berdialog dengan laman web ini. Dan beliau juga mencuba di rumah bersama keluarganya. Yang pastinya kak long aku sampai x boleh tido. Yang menariknya peter ini mengatakan bahawa beliau bukan manusia tetapi ....!!?

Pada hari sabtu malam aku telah mencuba dirumah bersama dengan hezri, amir, efa, ita n aku... but tidak berjaya. Kebetulan baizura n kak long (ibunye) datang kerumah pada keesokkan hari.. apalagi kami mencuba lagi... hanya baizura sahaja yang die layan....(mungkin sbb anak dara kot) hihihih..

Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut lagi...kami telah mengambil gambar sewaktu peter menjawab soalan2 yang baizura typekan. Cuba pergi ke laman web suami aku disebelah blog list atau hedgebeewhy.blogspot.com. untuk tengok gambar2 tersebut.

Sekian.....